Monday, May 06, 2013

Reviu Buku #1 : Dabel Date


Tajuk : Dabel Date
Penulis : Amal Hamsan, Lang Rahman, Rudeen Ayyad, Nasyrun Malik
Penerbit : Lejen Press
Harga : 15.00 MYR [Harga MPH]
Buku ni dah lama terbit, April 2012 tapi aku baru beli versi cetakan Februari 2013. Kiranya cetakan Februari 2013 cover depan dia dah berubah. Masa sampai MPH aku terus pegang buku ni je tak letak-letak. Bulat dengan keputusan. Ini buku pertama aku beli terbitan lejen. Buku ni adalah buku antologi cerpen cinta okey.

Sebenarnya aku tertarik dengan cover dia, setelah berjaya habiskan baca buku ni kurang dari enam jam aku tenung covernya. Mencari apa yang tersurat disebalik gambar lelaki dan perempuan ni. Depan belakang cover ada gambar macam ni. Buku ni cetakkannya unik. Menarik.

Isinya memang menarik, sempoi tapi kadang-kadang memerlukan ekstra berfikir sebab ada bahagian yang kita kena fikir dabel meaning. Ada tersurat dan tersiratnya. Kadang-kadang terlebih gula. Terlebih sampai boleh jadi kencing manis, boleh juga menyebabkan bibir tak berhenti koyak senyuman. Jadi amaran, kalau tak nak terasa sweet berlebihan jangan baca. 

"Nah,ambil hati saya ni. Maaf separuh lagi dah cair"

Nampak tak antara kemanisannya. Aku rasa buku ni boleh jadi rujukan pada lelaki untuk gandakan sweet. Dan perempuan patut beli untuk elak kena sweet menggunakan taktik ni. Lol. Aku suka cerita Bubu Dan Pupu. Aku rasa tak adil untuk aku tulis secara detail apa dalam buku tu. Kau orang kena beli, bahan bacaan santai yang buat anda tak berhenti senyum. Hiks. Kalau malas nak pergi beli dekat kedai ni klik sini beli dekat lejen sendiri. Harga pun murah 13.90MYR je. Rating aku bagi untuk buku ni 4/5.




Seterusnya baca kitab terfaktab : sarkastik cinta, maybe.



3 Komen:

Arzmhyer said... [Reply]

Tadi jumpa buku ni kat MpH.. first baca 3 kisah cinta tanpa tajuk tu, ok, ayat simple je. Pastu kisah yang keempat dh perasan kisah lucu dan aneh dalam buku ni. Yang kisah budak sekolah bercinta tu takleh tahan.. ingt buku ni novel serius, bahasa berat, rupa2nya tak.. mmg aneh dan lucu. haha..

Amira Atiya said... [Reply]

@arzmhyer

hehe kan! patut beli tak heavy sangat pun. Macam buat baca sambil minum kopi. hehehe

bb501 said... [Reply]

aku selalu jek baca buku dr Lejen Press ni tp yg ni aku xbaca lagi.Yg sbnarnya x teringin pun nk baca sbb cover dia x berapa nk memikat aku. Tp bila ko kata cerita dia best, ok maknanya ak mmg kena beli la nie... Btw, thanks for the info dude!!!