Saturday, May 11, 2013

Reviu Buku #2 : Kombo Kougar + Tabu

Tajuk : Kombo! Kougar + Tabu
Penulis : Shaz Johar
Penerbit : Buku Fixi
Harga : 29.90MYR 
Kougar dengan Tabu mulanya versi satu-satu. Single cover dia cantik. Tapi aku suka versi Kombo! macam ni sebab apa, aku seorang yang baca cerita sangat cepat jadi, bila habis satu cerita aku dah tak tahu nak buat apa-apa lebih-lebih kalau membaca atas kereta. Sekejap aje, jadi aku sangat suka versi Kombo macam ni! Suka buku tebal-tebal tapi tak suka sangat novel yang slow dalam keadaan tebal, merangkumi satu cerita. Tapi yang tebal macam Kombo! Kougar dengan Tabu ni sumpah suka!

Kougar, tentang seorang perempuan yang dah usia masuk 40 tapi tak kahwin-kahwin lagi. Dia jumpa dengan seorang lelaki yang lebih muda daripada dia atas train dan wujud rasa suka sampai bercinta tapi dalam masa sama dia ada hidup yang sumpah gila dengan kawan baik dia, berkawan dengan orang kelas atasan jimba-jimba dan jumpa seorang duda yang sukakan dia. Adalah beberapa insiden yang aku kata, bodoh gila perempuan ni tak boleh fikir. Kemudian dengan kawan baik dia suruh terus kawan dengan duda tu lupakan pakwe anak ikan dia tu. Dekat kampung pulak mak suruh kahwin dengan ustaz yang konon alim. Haih, aku rasa nak maki je bila baca kehidupan dia dengan ustaz tu. Dalam masa sama wujud juga seorang lelaki pekerja dekat kedai runcit dia. Kira memang konflik seorang kougar. Kau nak tahu kenapa dia dipanggil kougar? Nak tahu siapa lelaki akhirnya dengan dia? Sila baca. Bab erotik tu jangan nak bayangkan sangat. 

Tabu, cerita seorang perempuan fluffy, Bibi yang bercinta dengan Mosi, pakwe afrika. Aku dah baca tu omaigod tak ada orang lain ke? Bibi ni atas train sempat cuci mata jugakkan. Haha. Masa tu ada insiden dimana ada telefon bimbit tertinggal dan Bibi simpan untuk pulang balik. Owner phone ni orang yang Bibi sempat usha atas train tadi. Kacak orangnya, cikgu. Itu bibi dapat dari bertekak dengan owner tu. Mosi ni a.k.a mamat afrika memang suka minah fluffy. So aku rasa kau faham. Bab erotik sekali lagi aku kata jangan bayangkan sangat. Bibi ada bestfriend yang selalu bising Bibi couple dengan mamat afrika ni. Ada pulak member tempat kerja yang sangat annoying. Bibi ada rasa ragu pada mosi selepas beberapa insiden. Dari situ dia selalu jadikan owner telefon tu tempat mencurah perasaan. Kau patut baca cerita ni sebab kau sumpah tak terfikir yang sebenarnya kejadian hidup Bibi tu macam tu. 

Kombo! Kougar + Tabu ni aku sangat suggest untuk kau baca. Best. Walaupun buku ni dah keluar lama aku yang lambat baca. Hahaha. Sumpah kau kena baca dua-dua cerita ni ada kehebatannya sendiri. Jalan cerita yang menarik dan klise. Kadang-kadang buat kau nak maki. Kenapa macam ni? Kadang-kadang kau kena fikir sekali. Kadang-kadang buat kau ketawa, dan cakap serious lah? So, yang mana belum dapatkan sila lah baca. Dari beli satu-satu buku baik beli versi kombo! Berbaloi. By the way aku baca buku ni tak sampai 24 jam dah habis! Nampak tak aku memang perlukan buku lagi tebal?



Buku yang aku pesan dari Shyra dah sampai! Wah thanks babe!



3 Komen:

Si GadisSemasa said... [Reply]

buku terbitan lejen and fixi memang awesome , tapi macam yang awak cakap : 'Bab jangan bayang sangat" setuju !!!

Amira Atiya said... [Reply]

@ si gadis semasa

Hehehe kan! jangan bayang sangat!

tenku butang said... [Reply]

2273

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/