Monday, May 13, 2013

Reviu Buku #3 : Licik


Tajuk : Licik
Penulis : Sham Hashim & Julie Anne
Penerbit : Buku fixi
Harga : 18.90MYR

Licik ni memang best. Aku dah lama baca tapi baru nak review. Haha. Tapi itulah sayangnya aku baca selama tiga jam dah habis, sepanjang perjalanan daripada Melaka hingga Pahang. 

Licik ni cerita tentang Fira tapi dimulakan dengan penipu berjaya, ayahnya sendiri. Jadi ayah dia yang menjadi role model Fira untuk lebih licik dalam menipu. Bila kau baca buku ni apa yang terlintas dalam otak kau, gila betul perempuan ni. Haha, Fira jadi penipu dari kecik lagi. Ayah dia yang ajar. Bayangkan budak kecik, aku tak sure umur berapa dapat menipu orang dengan wang beratus. Manusia yang dia tipu tu pulak, biasalah manusia yang mudah gelap mata dengan wang. 

Kiranya cerita ini secara jelas menceritakan hidup manusia yang bertuhankan duit. Hidup manusia yang sanggup buat apa sahaja kerana duit. Ada satu bahagian dimana Fira dengan ayah dia perlu lari akibat diburu adik kepada perempuan yang telah ayahnya tipu/gelapkan wang. Perempuan tu memang betul-betul sayang pada ayah Fira ni. Hidup sebagai pelarian ke Sarawak jadi titik tolak perubahan lagi besar dalam hidup Fira. Saat dimana Fira yang diperkosa. Saat mana Fira jadi pendendam. Saat dimana Fira dibekalkan identiti baru dan kembali ke semenanjung. Dengan identiti/sijil kejayaan yang palsu Fira jumpa dengan lelaki yang merubah hidup dia 360. Bukan merubah menjadi baik tapi lebih licik dalam menipu. 

Berbekalkan tubuh yang seksi lagi mengiurkan ramai lelaki jadi mangsa Fira. Pikat sampai melutut ke tanah, dan pergi. Biasanya mangsa Fira orang yang kaya tak kan orang yang kayap. Dalam Fira memikat, menjual tubuh dia sebagai modus operandi nak mendapat kekayaan still dia sayang pada lelaki yang ubah hidup dia 360 darjah tu (which is aku lupa nama dia) Ada beberapa insiden yang buat Fira yang licik jadi nanar. Dengan ayahnya yang penuh dendam. Nak tahu apa jadi sila baca, buku ini sangat menarik dan betul merangsang otak! 



Adakah aku patut review semua buku yg ada dalam almari aku?



0 Komen: