Friday, March 28, 2014

Pulang Ya #MH370

source : tumblr

Terbang dan hilang. Mana pergi ayah, ibu, kakak, abang, adik, suami, isteri, cucu, anak kami. Mana? Cinta hati kami. Buah hati kami. Kenapa bawa pergi. Kenapa bawa tidak mahu pulang kembali kepada kami yang menanti. Kami menanti disini. Kami rindu senyumannya. Kami rindu suaranya. Kami rindu gelak tawanya. Kami rindu harum tubuhnya. Kami rindu usik manjanya. Mana? Pulanglah. Pulangkanlah. 

Jangan bilang kami terrorist. Jangan bilang ayah begitu. Jangan selesaikan dengan konklusi tak pasti. Tolong. Tunjuk kami buktinya. Tunjuk kami jasadnya. Tunjukkan kami kapalnya. Jelaskan apa yang berlaku. Jelaskan konspirasi apakah ini. Jelaskan apa permainan yang cuba dimainkan ini. Sudahlah. Jangan bilang begitu nasibnya. Jangan luluhkan lagi hati kami yang menunggu. Tolonglah beri bukti.Tolonglah kami masih setia menunggu. Kami masih mahu percaya mereka masih berkongsi langit yang sama, berdiri lemah merindui kami juga. Tolong beri buktinya. Jangan permainkan hati kami. Jangan hancurkan lagi hati yang menunggu.

Ayah, ibu, kakak, abang, adik, suami isteri, cucu, anak..... kami rindu. Kami tetap menunggu kalian pulang. Walau apa jua keadaan. Kami mendoakan kalian pulang. Kami tak mahu menanti begini lagi. Pulang ya? Kami janji kami akan sambut kalian dengan penuh kesyukuran. Janji jangan pergi lagi selepas itu ya. Tetap disini. Kami tak mahu kehilangan kalian lagi. Pulang ya ayah. Pulang ya ibu. Pulang ya kak. Pulang ya bang, Pulang ya dik. Pulang ya cu. Pulang ya nak. Pulang ya sayang. Kami tunggu. 




Kami masih menunggu kalian kembali..




2 Komen:

Anonymous said... [Reply]

InsyaAllah...semoga dipermudahkan...
tetap menanti #MH370

Anonymous said... [Reply]

nk repost..tq