Friday, May 09, 2014

Oktober By Amira Atiya


Penulis : Amira Atiya
Penerbit : Terfaktab Media
Harga : RM 20
Sinopsis: Oktober merupakan koleksi cerita pendek. Kadang-kadang kita terlalu meminta sehingga membuatkan manusia lain terseksa. Usah pentingkan diri sayang. Hidup ini bukan untuk membebankan orang. Jadi bersabar, bertenang, dan lontarkan senyuman yang tidak nampak itu di bulan Oktober.

Oktober telah di-launch-kan pada 1 Mei 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC. Aku dah turun ke PWTC untuk sesi tanda tangan pada pukul 3 petang waktu itu. Untuk pertama kali. Nafas aku sesak. Tangan aku gigil. Malu. Entah sampai disitu aku hanya menjadi biasa-biasa. Orang kebanyakkan. Melihat orang mengambil Oktober. Bayar. Ataupun letak kembali. Lama, dalam sejam lebih aku memerhati kemudian baru kantoi dengan Alexia Aqram. Haha. Sepanjang sesi aku jadi kaget. Namun terima kasih kepada yang sudi hadir ke booth #IndiKe! dan membeli buku terfaktab. Terima kasih sebab sudi beli Oktober. Terima kasih juga sebab sudi datang ke sesi tanda tangan.

Oktober ini adalah kisah-kisah pendek yang berkait dalam kehidupan gadis oktober itu. Dari awal dia jatuh ke lembah dipanggil patah hati kemudian bertemu dengan cahaya hati. Dari situ dia belajar kehidupan. Belajar menyayangi. Belajar hakikat realiti. Dan kemudian atas rasa sayang segalanya harus dibiarkan terbang. Sekali lagi dia jatuh. Namun adakah dia akan selamanya jatuh. Mohon dapatkan Oktober. Hikhik.



Sejuta terima kasih kepada pihak Terfaktab Media yang telah menerbitkan Oktober. Alexia Aqram yang membantu menaikkan Oktober yang asalnya Zine Bukan Megan Fox ke fasa baru. Terima kasih pada crew Terfaktab yang terlibat dalam menjadikan manuskrip Oktober kepada sebuah buku yang cantik sekali. Terima kasih juga pada Lord Zara yang menulis prakata.

Paling utama terima kasih tuhan kerana menganugerahkan kebahagiaan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada cinta hati kerana selama ini berada disisi menjadi pembakar semangat manusia yang hampir melupakan minatnya dalam dunia penulisan atas sebab kekecewaan, terima kasih bonda ayahanda keluarga, kawan baik saya yang sudi teman ke PWTC, manusia yang terlibat dalam menjadi inspirasi Oktober, kawan-kawan, dan tak lupa pada yang dengan ohsemnya membeli Oktober! Sejuta maaf juga jika ada kekurangan dalam Oktober!


Oktober boleh dibeli secara online dengan harga 18 MYR hanya di http://terfaktab.com/shop/oktober/


2 Komen:

mardiah said... [Reply]

alhamdullilah tahniah kawanku !doakan aku jugak ke bidang nie ! masih mencuba2..hehe.. but anyway congrate!

LightsOfHonesty said... [Reply]

Nanti akak beli online insyaAllah ;DD