Tuesday, January 19, 2016

Muzik.


"Nah pakai ni, cuba dengar."
"Macam mana nak pakai earphone pelik sangat rupa."
"Ini earphone sukan, earphone awak tak best. Guna ni. Kita dengar sama-sama."

Dia renung anak mata kau sambil tersenyum kecil. Sesekali bibirnya humming lagu yang didengar bersama. Kau juga tersenyum kecil. Turut sama humming lagu dengannya. Entah hati terasa indah. Terasa gugur dan menghapus pergi setiap luka yang pernah tercipta. Yang ada hanya rasa cinta yang menjadikan kau dan dia bersama. Jarinya menekan punat untuk lagu seterusnya. Kau hanya membiarkan. Masih selesa bersandar pada kerusi bersamanya disisi. Terasa melayang dan melayang. Lama namun rasa kasih tiada berubah. Luka hanya angin lalu. Mulut bisa berbicara kasar namun hati tiada menafikan.

"Masa hantar lagu ni tahu ke maksudnya apa?"
"Maksudnya apa?"
"Maksudnya forever by my side."
"Oh tahu saja tak nak tuju."

Dia larikan pandangan bila kau tersengih kecil. Kau ketawa. Dia terus pusing dan picit hidung kau geram. Kau ambil telefon bimbit, hendak abdi kenangan bersama pada gambar. Kau senyum. Dia lagi senyum. Gambar seterusnya kau senyum dia buat muka mintak penumbuk. Kau gelak dan marah. Dia buat muka tak bersalah. Akhirnya dia minta untuk tidur sebentar, kepenatan mungkin. Kau senyum saat dia lena. Sesungguhnya itu pemandangan yang paling kau suka.

Kau tertanya adakah benar dia bukan untuknya. Adakah masalah hanya menjauhkan hati mereka. Namun kenapa hanya semakin dekat. Rasa tak luntur. Cuma terkadang amarah datang seketika membuatkan rasa pause, namun sebentar sahaja datang lagi. Adakah ini dipanggil sebenar cinta. Adakah dugaan bisa kau tempuh lagi bersamanya. Adakah itu monolog sampai tua. Adakah pemandangan itu akan menjadi milik kau selamanya. Adakah kau dan dia akan terus berdendang muzik yang sama. Perlahan kau menghampirinya dan berbisik...

"I will always love you. Always."

Dia buka mata kecil, tersenyum kecil melihat kau. Kau terkejut malu. Wajah mula panas memerah. Perlahan matanya dikerdipkan. Dia panggil kau menghampiri kembali. Mencubit hidung kecil kau sekali lagi sambil kau menyeringai kecil. Dia bilang pada kau dalam bisikan halus namun jelas kau dengar....

"Always."